Strategi Pengajaran Bahasa Malaysia
Berkesan
1.0 Latar Belakang
‘Dalam
usaha mencapai aspirasi yang tinggi dalam persekitaran persaingan global yang
semakin sengit, kita tidak boleh lalai. Oleh itu, Malaysia perlu melaksanakan
perubahan besar terhadap keseluruhan sistem pendidikan semasa untuk melonjakkan
pencapaian semua murid. Tidak dinafikan bahawa proses pelaksanaan transformasi
pendidikan memerlukan pendekatan dan strategi baharu agar setiap murid mampu
memiliki dan menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad 21. Oleh yang
demikian, transformasi pendidikan bukan sekadar menambah bilangan kakitangan
dan kemudahan, malah perlu menjurus kepada usaha untuk memahami dan menambah
baik proses pengajaran dan pembelajaran. – (Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013)
Sebagaimana yang terkandung dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, pembelajaran abad 21 merupakan suatu
bentuk transformasi dalam sistem pendidikan negara yang menuntut perubahan,
terutamanya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran abad 21 ini bermatlamat untuk menganjak paradigma kehidupan
masyarakat dan seterusnya menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan
pendidikan di rantau Asia dan juga di peringkat antarabangsa (Tan Sri Datuk Dr.
Madinah Mohamad, 2014).
“Kerajaan komited melaksanakan transformasi
sistem pendidikan negara untuk tempoh 15 tahun akan datang. Tranformasi
pendidikan ini bermatlamat melengkapkan setiap murid di negara kita dengan
segala kemahiran baharu yang diperlukan oleh mereka untuk merebut peluang dan
menangani cabaran abad 21. Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara
termaju didunia, sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda
yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif, mempunyai
kemahiran kepimpinan yang mantap dan berupaya berkomunikasi dengan berkesan
diperingkat global.”
- YAB
Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin
1.1 Definisi Pengajaran dan Pembelajaran Abad
21
Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) abad 21
merujuk kepada beberapa kompetensi teras, iaitu kolaboratif, celik digital,
kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah. Bernet Berry (2011) menjelaskan
pembelajaran abad 21 sebagai suatu bentuk pembelajaran yang memerlukan pelajar
menguasai isi kandungan dan menghasilkan, mensintesis (penyatuan/penggabungan)
dan menilai maklumat daripada pelbagai mata pelajaran dan sumber yang luas
dengan memahami dan menghormati budaya yang berbeza. Mereka (murid) diharap
dapat mencipta, berkomunikasi, bekerjasama serta celik digital selain mempunyai
tanggungjawab sivik.
Murid perlu disediakan dengan
kemahiran menangani cabaran dunia pendidikan yang terdedah kepada pelbagai
interpretasi dan kontroversi yang mencabar pemikiran individu. Semua mata
pelajaran perlu menekankan ciri pengajaran dan pembelajaran abad 21 termasuklah
mata pelajaran Bahasa Malaysia.
Hasil pendidikan abad 21 adalah seperti yang berikut.
1.2 Perbandingan Ciri Pengajaran dan Pembelajaran Abad 20 dan
Abad 21
1.2.1 Banding Beza Ciri-Ciri Kelas
a)
Kelas Tradisional
a. Susunan kerusi meja adalah rigid dan mengikut baris demi
baris Interaksi guru-murid hanya boleh dilakukan sehala
b.
Menggunakan kaedah syarahan dan kaedah secara kelas
c.
Penglibatan murid dalam aktiviti PdP amat kurang
d.
Potensi JERI+S sukar untuk dikembangkan
b)
Kelas Futuristik
i. Mempunyai ruang pembelajaran termasuk ruang persendirian
untuk murid-murid, ruang untuk aktiviti dan ruang untuk bahan-bahan
pembelajaran
ii. Persekitaran bilik darjah yang positif supaya murid dapat
melalui proses pembelajaran dengan baik.
iii. Murid berasa tenang, seronok dan bermotivasi untuk
belajar
iv. Kemudahan TMK
1.2.2 Contoh Bilik Darjah Pendidikan Abad 21
Konsep bilik
darjah abad 21 yang akan dibangunkan adalah dengan:-
·
Mentransformasikan bilik darjah dengan ruang pembelajaran
kreatif hasil usaha murid supaya menarik dan bermakna
·
Suasana atau iklim bilik darjah dapat merangsang murid
untuk bersaing, belajar secara koperatif dan memperoleh kemahiran kolaboratif.
·
Fizikal bilik darjah abad 21 yang dicadangkan ialah
i.
Murid duduk dalam kumpulan (empat hingga enam orang).
ii.
Sudut OPEM dan Kriteria Kejayaan di papan tulis.
iii.
Sudut Parking Lot
iv.
Sudut hasil kerja murid
v.
Sudut maklumat
vi.
Ruang santai
1.3 Peranan Guru
dalam Pembelajaran Abad 21
i.
Bina persekitaran pembelajaran kondusif yang konstruktif.
ii. Merangsang
pemikiran kritis secara latih amal
(hands-on) & latih minda (minds-on).
iii. Menggalak
pembelajaran aktif pelajar secara koperatif dan kolaboratif.
iv. Menggalak
kreativiti & inovasi pelajar berbantukan TMK.
v. Menyerap
inovasi dalam PdP berbantukan TMK.
vi. Memberi
maklum balas dan penilaian secara berkesan dan berterusan.
1.4 Prinsip
Pembelajaran Abad 21
1.5 Elemen Pendidikan Abad 21
Terdapat
beberapa elemen dalam kemahiran abad 21 seperti yang berikut.
·
Kreatif dan inovatif
·
Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah
·
Komunikasi dan kolaborasi
·
Literasi maklumat
·
Literasi teknologi maklumat dan komunikasi
·
Fleksibiliti dan keupayaan menyesuaikan diri
·
Berinisiatif dan mempunyai haluan diri
·
Kemahiran sosial dan antara budaya
·
Produktiviti dan akauntabiliti
·
Kepimpinan dan tanggungjawab
1.6 Ciri-ciri Guru Abad 21
Dalam abad 21, banyak kemahiran yang perlu dikuasai oleh
guru. Menurut Zamri Mahamod (2011), sering kali terdapat kegagalan guru untuk
menerapkan pelbagai kemahiran yang diajar, terutamanya kemahiran-kemahiran alaf
21. Di samping itu, para guru juga perlu beralih kepada beberapa aspek
memandangkan proses pengajaran dan pembelajaran untuk abad 21 amat mencabar. Guru-guru untuk abad 21 memerlukan beberapa ciri tertentu seperti
berikut:
1.
Guru perlu menguasai subjek iaitu penguasaan kandungan
kurikulum.
2.
Mahir dan berketerampilan dalam pedagogi semasa sesi
pengajaran
dan
pembelajaran.
3.
Memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi murid.
4.
Memahami psikologi pembelajaran iaitu “Cognitive
Psychology”.
5.
Memiliki kemahiran kaunseling.
6.
Menggunakan teknologi terkini tidak kira semasa sesi
pengajaran dan
pembelajaran
mahupun di luar sesi tersebut.
Rajah : Ciri-Ciri Guru Abad 21
1.7 Ciri-ciri Murid Abad 21
1.
Berupaya menghubung kait pelajaran dengan keadaan sekeliling.
2.
Bijak menyoal guru ketika berada di dalam bilik darjah.
3.
Yakin untuk berkomunikasi.
4.
Berani untuk mengambil risiko untuk belajar dan membuat
kerja yang
diberikan
oleh guru dan juga berani mencuba.
5.
Dahagakan ilmu dan sentiasa ingin untuk menimba ilmu.
6.
Mempunyai perasaan ingin tahu.
7.
Bijak dan kreatif menjana idea serta fleksibel.
8.
Tidak pernah berputus asa.
9.
Sentiasa mendengar dan membuat refleksi
10.
Berkemahiran kritis dan mampu menguasai kemahiran
literasi.
11.
Mampu berfikir sendiri dan membuat inisiatif.
12.
Mampu bekerja dengan orang lain dan membuat perubahan.
13.
Mempunyai keperibadian yang tinggi serta berintegriti di
dalam mahupun
di luar bilik darjah.
1.8 Kemahiran Alaf 21 enGauge Skills
Pandangan tentang
kemahiran-kemahiran alaf 21 daripada perspektif enGauge Skills (NCREL & Metiri Group 2003) boleh dikongsi
bersama-sama dan empat komponen kemahiran alaf 21 yang perlu dikuasai oleh guru
dan murid. Guru-guru boleh memberikan penekanan kepada kemahiran alaf 21 yang
diketengahkan. Kemahiran alaf 21 enGauge
Skills digambarkan seperti rajah yang berikut;
Rajah : Kemahiran
Alaf 21 enGauge Skills
Kemahiran Alaf 21 dilandaskan kepada
Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan yang menuntut sistem pendidikan kita untuk
menyediakan sumber manusia berkualiti dan cemerlang. Antara ciri pendidik yang
berkualiti ialah:
·
kaya maklumat (termasuk sains dan teknologi),
·
kekuatan minda,
·
menguasai subjek / kepakaran dalam sesuatu bidang (subject matter expert)
·
mahir dan berketerampilan dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran),
dan
·
menggunakan teknologi maklumat terkini.
1.9 Kemahiran Pengajaran Abad 21
PdP alaf 21 juga mengambil kira
kemahiran yang dicadangkan oleh The
Partnerships 21st Century Skills (2008) untuk memupuk kemahiran generik
dalam kalangan murid. Kepekaan guru-guru terhadap kemahiran ini amat penting
bagi memastikan semua kemahiran dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai adalah seperti berikut;
i.
Kemahiran mengubah suai dan bertanggungjawab.
ii.
Mengamalkan sifat bertanggungjawab, fleksibel dan
toleransi
iii.
Kemahiran berkomunikasi
iv.
Mahir menggunakan alat-alat telekomunikasi.
v.
Kemahiran kreativiti dan sifat ingin tahu yang kuat
vi.
Dapat menjana, melaksanakan dan menyampaikan idea baharu
vii.
Bersikap terbuka dan sedia menerima kritikan dan
pandangan orang lain.
viii.
Kemahiran berfikir secara sistematik dan kritikal
ix.
Berkebolehan menganalisis dan membuat hubung kait fakta
yang diberikan.
x.
Kemahiran literasi media dan informasi.
xi. Berkebolehan mengakses maklumat, menganalisis, mengurus,
menilai dan mengintegrasikan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai media.
xii. Kemahiran interpersonal dan kerjasama. mempunyai
sifat kepimpinan, dapat mengadaptasi dan
bekerja dengan produktif di samping itu mengamalkan sikap empati dan menghormati
kelainan pendapat.
xiii.
Kemahiran mengenal pasti masalah dan penyelesaiannya.
xiv.
Kebolehan untuk mengenal pasti, menganalisis dan
menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi.
xv.
Kemahiran pengurusan kendiri, iaitu mengawasi dan menilai
keperluan kendiri serta mengenal pasti sumber-sumber yang diperlukan.
xvi.
Kemahiran tanggungjawab sosial
xvii.
Mengambil kira kepentingan masyarakat, beretika di
sekolah dan dalam masyarakat.
1.10 Pedagogi Abad 21
Guru-guru dalam perkembangan
profesionnya harus menguasai kemahiran pedagogi yang seiring dengan trend
perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang terus berkembang.
Pembangunan profesionalisme perlu ke arah pembinaan pengetahuan dan kemahiran Pedagogi Abad 21 dengan menjadikan diri
sebagai guru yang resourceful seperti
yang dirumuskan dalam rajah yang berikut;
Rajah : Pedagogi
Abad 21
1.11 Amalan Pengurusan dalam PdP Abad 21
1. Komunikasi Isyarat (The Quiet Signal)
2. Papan Putih Mini
3. Program ‘Bintang’
sumber : dipetik dari modul kursus Pedagogi BM Abad Ke 21.
TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN YANG LENGKAP.
ReplyDeletepenerangan yang terperinci dan bermakna
ReplyDeleteterima kasih ikgu vella
terima kasih atas perkongsian yang amat jelas dan berguna.
ReplyDeleteTerima kasih cikgu. Saya ingin meminta kebenaran untuk menggunakan maklumat dari blog cikgu untuk kegunaan kerja kursus saya.
ReplyDeletetqvm for the brief and precise info. welldone cikgu
ReplyDeletewell done cikgu. very useful information.
ReplyDeleteterima kasih cikgu,atas perkongsian ini
ReplyDeleteAmat membantu saya dalam menyiapkan kertas tugasan . terima kasih!!!
ReplyDeleteSy pohon izin memetik patah kata sari blog cg.
ReplyDeleteTiada Masalah. Silakan
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTerima Kasih cikgu atas perkongsian informasi yang bermakna.Syabas cikgu.....
ReplyDeleteTerima Kasih. Membantu sahaja.
DeleteTerima kasih cikgu. Mohon izin untuk berkongsi maklumat TS25 dan pembelajaran abad ke21 pada cikgu-cikgu lain ya.
ReplyDeleteThank you sir .very useful and important information about 21th century teaching and learning.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian. Sangat bermanfaat dan mudah difahami.
ReplyDelete