Untuk Renung Bersama..............
10 kebaikan Cikgu Shaari Suleiman (Lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee--- MASAM MASAM MANIS -1965) berbanding satu keburukan yang sering kita perkatakan...
- Walaupun Cikgu Shaari pernah tertidur dalam kelas tetapi dia masih memberi tugasan kepada murid. Ada orang kini bukan saja takat tidur tapi kadang-kadang terus ponteng kerja. Ngulor kata orang Pahang.
- Walaupun guru besar memarahi Cikgu Shaari tetapi dia tidak memarahinya di hadapan murid sebaliknya di bilik guru besar. Sekarang kita sering mendengar anak buah dimarahi oleh bos depan orang ramai.
- Guru besar dan Cikgu Shaari saling hormat menghormati antara satu sama lain. Ada orang sekarang ni tidak saling menghormati antara satu sama lain akibat pengaruh, harta, kuasa dan ego masing-masing.
- Cikgu Shaari sanggup meninggalkan kerjaya sambilan sebagai pemuzik demi tanggungjawab sebagai guru. Ada orang sekarang ni sanggup abaikan kerjaya demi mencari pendapatan lebih (side income).
- Cikgu Shaari sentiasa berdisiplin dan kemas semasa berada di sekolah. Ada orang sekarang ni tidak lagi menghiraukan etika berpakaian semasa bekerja.
- Semasa meninggalkan bilik mesyuarat dia sempat berpesan bahawa dia akan akur apa keputusan mesyuarat. Ada orang sekarang ini akan membantah membuta tuli sekiranya sebarang keputusan tidak disukainya.
- Cikgu Shaari merupakan seorang yang setia dan menghormati masa. Ada orang kini tidak pentingkan masa dan setia pada tugas.
- Sebelum pergi ke sekolah dia hanya minum secawan kopi dan sebiji pisang sarapan yang seimbang pada waktu pagi. Ada orang sekarang ini suka mengambil sarapan yang berat di waktu pagi dan banyak menghabiskan masa mengopi di warung @ mengeteh kat kantin.
- Cikgu Shaari tidak pernah membawa masalah rumahtangganya ke sekolah. Ada orang sekarang ni terbawa-bawa masalah di rumah ke tempat kerja... yang jadi mangsanya adalah stakeholders.
- Akhirnya Cikgu Shaari menjadi guru yang berjaya... mana tidaknya di akhir cerita dia menjadi guru besar.
Walaupun satu keburukan yang hanya kita nampak... tetapi banyak pengajaran yg blh kita ambil. Itulah mesej sebenarnya yang hendak disampaikan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee kepada generasi kini.
Kredit: Masam Manis 17 May 2017
Tajuk: Cikgu Sha'ari Suleiman Terlelap
Media campuran atas kertas A4 300gsm
Tarikh: 16 Julai 2025 | 20 Muharram 1447
Cc: Mohd Zaki Ramli