SEKOLAH AMANAH

Sekolah Amanah adalah sekolah awam yang diurus secara bersama di antara pihak swasta dengan pemimpin sekolah kerajaan, di bawah kawal selia KPM. Sekolah Amanah akan diberi lebih kebebasan dalam membuat keputusan dan dengan itu dipertanggungjawabkan bagi meningkatkan prestasi pelajar.

    Sekolah Amanah bermatlamat untuk membawa perubahan kepada prestasi sekolah tanpa mengira pencapaian semasa: daripada

 sederhana kepada baik;

baik kepada lebih baik

     Sekolah Amanah akan dipilih daripada sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan sedia ada di seluruh negara (contohnya, rendah dan menengah, bandar, pinggir bandar dan luar bandar).

    Bagi mencapai matlamat jangka panjang ekonomi negara, Yayasan Amir memenuhi keperluan negara untuk program transformasi sekolah yang lengkap dan boleh direplikasi dengan mewujudkan Sekolah Amanah. Antara fungsi pelaksanaan Program Sekolah Amanah ialah:

§ Melonjakkan prestasi sekolah

§ Meningkatkan keberkesanan pengurusan sekolah

§ Menambahbaik proses penyampaian pengajaran

§ Menghasilkan lebih ramai guru cemerlang yang serba boleh

§ Meningkatkan pembangunan modal insan

§ Memupuk pemimpin masa depan melalui kecemerlangan pendidikan yang holistik

    

    Program Sekolah Amanah dimulakan oleh Kementerian Pendidikan bagi menjalankan program transformasi dalam persekitaran pembelajaran di sekolah awam melalui kerjasama  bijak antara sektor awam dan swasta.

    Setakat ini, Yayasan AMIR merupakan satu-satunya penaja sulung Program Sekolah Amanah dan melantik LeapEd Services Sdn Bhd (LeapEd Services), sebuah penyedia perkhidmatan pendidikan tempatan yang diasaskan di Malaysia.

    Sekolah Amanah akan mempunyai lebih autonomi dalam membuat keputusan berkaitan kurikulum, kewangan dan sumber manusia bagi menggalak inovasi dan menjadi lebih responsive terhadap keperluan komuniti sekolah. Autonomi yang diberi merangkumi kebebasan memilih kandungan kurikulum, pengagihan peruntukan mengikut keperluan, penyediaan insentif berasaskan prestasi dan pemilihan guru dan kakitangan bukan guru.

    Setiap Sekolah Amanah Yayasan AMIR dibantu sepasukan Rakan Pendidik yang berganding bahu dengan kakitangan sekolah untuk menambah baik amalan kepimpinan dan juga kemahiran pengajaran. Sementara itu, Pengerusi LeapEd Services, Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata, program itu dirangka dengan tumpuan mengubah peranan guru dalam bilik darjah dan mentakrif semula konsep kerja rumah dan aktiviti bilik darjah.

Sekolah Amanah dikehendaki mencapai prestasi yang telah ditetapkan dalam tempoh lima tahun. Pihak KPM akan mengambil alih pengurusan dari penaja sekiranya sekolah gagal mencapai prestasi yang ditetapkan.

     Program Sekolah Amanah direka dengan mengutamakan generasi masa hadapan. Sepanjang 11 tahun lalu, LeapEd Services Sdn Bhd (LeapEd) telah bekerjasama rapat dengan rakan strategik seperti Kementerian Pendidikan dan Yayasan AMIR bagi membangun dan melaksanakan program di seluruh sekolah di Malaysia, melengkapkan pelajar dengan kemahiran hidup kritikal yang diperlukan serta mentransformasikan sekolah secara menyeluruh dengan amalan terbaik antarabangsa.

    LeapEd Services Sdn Bhd (LeapEd), sebuah organisasi social enterprise subsidari milik penuh Khazanah Nasional Berhad. Ditubuhkan pada 2010, LeapEd bertindak sebagai penyedia perkhidmatan pendidikan tempatan yang pertama di Malaysia.

    Matlamat LeapEd adalah untuk memperkayakan kehidupan menerusi pembinaan kapasiti dan transformasi pendidikan. Sehingga kini, ia telah berjaya mendatangkan impak kepada lebih 71,000 pelajar dan lebih 160 sekolah menerusi pelbagai model pendekatan.

    Model pendidikan yang telah dibangunkan oleh LeapEd adalah District Transformation Programme-AMAN (DTP-AMAN), Islamic School Enhancement Programme (ISEP), Ground-up School Transformation Programme (GUSTO), Program Sekolah Transformasi (PreSTasi) serta Program Sekolah Amanah (TSP) yang pertama di negara ini.

    Program Sekolah Amanah (TSP) merupakan program utama LeapEd yang direka untuk pembangunan pelajar secara holistik selaras tuntutan abad ke-21. Menerusi kerjasama Yayasan AMIR dan Kementerian Pendidikan, program ini dibangunkan khusus untuk memastikan kemampanan sekolah-sekolah di Malaysia.

    Pelaburan dalam pendidikan merupakan keputusan paling bijak yang boleh dibuat seseorang. Pendidikan menyediakan peluang dan memperkasa insan, menggalakkan kreativiti dan meningkatkan tahap keyakinan serta kepercayaan kepada diri sendiri. Menerusi Kajian Impak Program Sekolah Amanah (TSP), kita dapat melihat kesan positif kepada kehidupan para guru, pelajar dan juga ibu bapa. Dengan memanfaatkan kejayaan serta pembelajaran daripada program ini, semua orang perlu komited untuk terus bekerjasama dengan semua pihak untuk melaksanakan model baharu sekotor pendidikan yang dipertingkatkan dan diselaraskan dengan trend global dan aspirasi negara.”

 

Sumber gambar data:https://khirkhalid.com/program-sekolah-amanah/



No comments:

Post a Comment